Monday

Arman Zharif @25 days old

DISEMBER 2008



Baby arman..berat baby masa lahir 2.19kg je tau..kecik je..
dan masa umur 25 hari baby dah berat 3 kg, baby ni kuat menyusu..pasal tu cepat je tembam ya

Kalau masa mama ambik gambar baby, kakak selalu nak interfreme tau..,comel je-:)

Arman Zharif @20days old

DESIMBER 2008




Adik cakap apa dengan kakak tu ya? adik nak main dengan kakak ya?

Wednesday

baby Arman Zharif 15 hari

DESIMBER 2008


Hari ni arman 15 hari...
ni arman sedang nyenyak tido ditemani kakak Aqilah

Saturday

Baby Arman Born On 2 Dec 2008

DISEMBER 2008

Ini kakak memmbuat cubaan nak riba adik..tiap kali mama pegang adik..masa tu la kakak pulak sibuk nak jugak pegang adik..kalu tak bagi pegang memang la kakak mengamuk..lepas tu ckp..mama tak sayang aqilah..isk2...mama sayang semua tau...tak baik ckp macam tu..

iNi baby Arman umur 3 hari..masa ni musim hujan..sejuk..baby kena selimut tebal2..



This is my new darling...Baby Arman Zharif...maksud Arman Zharif (Inspirasi Bijaksana/Cerdik)....baby lahir 2 Dec. 2008,Selasa, 12.05 pagi...

Baby Arman Zharif lahir di Kuantan Medical Center dan disambut oleh Dr. Suryati Pakar Sakit Puan di KMC. Zharif lahir at 36 weeks, doktor kena induce mama utk keluarkan baby. Pukul 6.30 ptg doktor masukkan ubat..dan mama mula rasa contraction dari pukul 8mlm hingga 11.30 mlm...lama jugak la mama menahan sakit nak keluarkan arman zharif ni...masa tu abah yang teman mama kat hospital. kakak aqilah ada kat rumah nenek kat K.trg masa tu..

Tetapi seminggu sebelum itu, mama dah kena tahan kat hospital, pasal mama kena demam denggi..mama kena duduk kat spital 3 hari 2 mlm tau...masa tu dah la musim hujan..

Thursday

Masa mama bawa balik arman dari hospital..kakak Aqilah sambut bday ke 5

4 DISEMBER 2008 (KHAMIS) BDAY KAKAK ke 5


Happy Birthday Kakak Aqilah Zahra..semoga jadi anak yang solehah

Monday

Ini mama sebelum berangkat nak ke KMC keluarkan Arman Zharif ke dunia

1 DISEMBER 2008 (7.30 pagi) Sebelum berangkat ke KMC




Ini mama yang tembams..sebelum nak ke KMC nak bersalinkan Arman..masa ni mama berdebar-debar..takut sangat..bila sampai hospital, rupanya mama dah ada contraction..dah dilate 2cm rupanya..patut pon mlm tu tak bole tido sebab asyik rasa sakit perut je,,ulang alik ke tandas la

Ini Kronologi detik-detik kelahiran Arman Zharif (ini Versi Yang di cerita kan kepada Auntie Nonie..kawan mama kat KL)

baby tgh tido tu..saya pun kebosanan jugak...nak tido pun mata tak nak lelap...mai nak cerita pasal detik2 nak bersalin
kisahnya mcm ni..seminggu sebelum saya patut bersalin..saya demam..banyak hari demam tak baik2..pergi jumpa doktor buat ujian darah
rupanya saya kena demam denggi..platlet darah saya turun banyak sangat..dan memang kat kawasan rumah saya tinggal tu ada kes denggi.
doktor admit saya ke hospital..sebab memang plan dah nak bersalin kat Kuantan Med.Center tu..saya pun pergi mengadmitkan diri ke hospital tu..
kena stay kat hospital 4hari 3mlm rasanya..lama la jugak kena monitor dan tiap hari ada je nurse datang buat blood test..abes lebam2 tangan sebab banyak sangat kena cucuk jarum..dah la mengandung..lagi la doktor risau saya kena denggi tu..pasal tu la lama sangat saya kena tahan kat hospital...

dan lepas tu dah alang2 ada kat hospital tu..saya pun pergi jumpa pakar sakit puan jugak...jumpa dia diskuss pasal progress baby dlm kandungan..
nama dia dr suriati...dr.su kata baby dlm perut tak progress banyak la..dia tak membesar(tak membesar sebab tekanan darah tinggi pada ibu)..so kena keluarkan baby cepat..by week 37 saya kena di induce utk bersalin..so..lepas dah settle kes denggi tu..1hb dec. saya cek in semula ke KMC tu dan buat blood test sekali lagi utk tgk platlet darah..dan bila semua dah ok baru la officially cek in utk bersalin..masa tu saya dgn suami aje pergi..aqilah dah dihantar ke kampung duduk dgn nenek dia...
so bila semua kes bersalin dah selesai..labour room dah clear..dlm waktu petang 1 dec tu...pukul 6 ptg kot..dr.su masukkan ubat utk induce baby masuk ikut bawah tu..utk merangsang bukaan..masa tu sebenarnya mmg dah ada contraction tapi sket2 je..tak rasa sgt..baru terbuka 1cm..bila dah masuk ubat tu..doktor expect esok tu baru bersalin..rupanya..efek ubat tu pada saya cepat je...dalam pukul 9 mlm tu..saya dah mula rasa sakit..contraction..masa tu sket2 je..tak la terasa sgt..saya dgn suami tgk tv lagi dlm bilik time tu..tak jangka la dah nak dekat bersalin..yg doktor pun dah balik rumah..nurse la just cek blood pressure je..bukannya nak cek bukaan ke apa..

dlm pukul 11 mlm tu sakit makin kuat..nurse dah bagi mcm2 ubat suruh telan..konon nak bagi tahan sakit la..lepas tu..dlm 11.30 tu lepas tgk cerita Criminal Minds kat 8tv...tetiba kat atas katil dlm bilik tu jugak air ketuban dah pecah..masa tu sakit yg amat..mmg tak tahan2 la..masa tu kebetulan nurse ada tgh nak bagi injection tahan sakit..lepas tu dia cek bukaan dah 8 cm terbuka rupanya...gitu la citernyaa...so..nurse dah panik dah..cepat2 call dr.su kat rumah suruh dtg segera kat spital..terus je dia ambik wheel chair bawa saya ke labor room..suami saya pun tumpang panik sekali la tgk keadaan saya tu..
11.35mlm masuk labour room..masa tu sakit yg amat2 la kadang2..stadard la contraction makin kuat kan...saya cuma ambil gas etonox je la bila sakit..bila sakit sedut gas tu..dan by 12.05 mlm doktor pun muncul dan masa tu dah terbuka 10,cm dah..anytime bole dah nak push..hehhe...

and you know what?....saya masa tu mcm tak pandai nak push tau..mcm tak de tenaga ke hapa..mmg tak larat sangat...byk kali tau push..ada la dlm 5 kali..yg kali ke 5 baru la berjaya keluar baby kot..sampai doktor kena gunting lagi bagi terbuka pasal dia takut baby lemas lama sangat duduk kat situ..yg suami saya ni bukan main lagi bagi sokongan suruh push..padahal dia dah nak pitam masa tu..siap pening kepala dan mcm2 perasaaan dia citer
akhirnya at 12.10am 2/dec baby pun keluar la...bila baby dah keluar dah takde dah rasa sakit..maka berakhir la sengsara..dan mcm2 perasaan la rasa..takutnya nak bersalin lagi..hehhe...rasanya lepas ni another 5years la merancang lagi..

suami saya lepas saya bersalin je pening2 kepala..dan nak muntah2...tapi tetap jugak setia duduk sebelah saya menunggu doktor menjahit..
selesai semua dlm pukul 1 pagi..dan dah masuk bilik semula..nurse injek ubat tahan sakit dan bagi ubat utk tido dan rehat..lepas tu saya tido tak sedar apa dah..yg suami saya lak..tak bole tido asyik berulang ke tandas je..siap demam lagi esok tu saya bangun..dan lepas 2 hari bersalin..saya pun discharge dari hospital..itu la cerita dari saya..detail dan panjang tu...

Hari ni nurse dtg rumah timbang baby..selepas 10hari berat baby dah bertambah menjadi 2.33 kg..pertambahan 200gm..ok la tu..dan alhamdulilah baby takde masalah dan sihat saja..kuning pun takde..dah byk dah ujian dan cabaran yg kami kena hadapi nak dapat baby baru ni....dan aqilah happy je dapat baby dan dapat jadi kakak,,every day nak riba adik..dah la baby kecik lagi..isk3..mcm2..tapikadang2 merajuk jugak kalu tak layan dia,..standard la tu..

Tuesday

Raya 2008

BerTiga di Pagi Syawal 2008..

masa ni mama sedang mengandungkan adik Arman Zharif..
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhob-77tUNOKl8gv4COx1YXCD75X8oPBmyre1rT2pq-2rBJOXtWKGRqxU4L9h5_o0kOK6S_XQzJ8rX8bJhleeZh-kleRMTWSnO7W3vdHRkklr7EgpXD2OFtVWv3YrZIK4Fgkg7Yq3gQypI/s1600/raya+20087.JPG">
salam raya..




Kakak dan Mama


Kakak dan Abah..

Kakak dan klip rambutnya..

Kakak bertudung Pink..pinjam kak aisyah punya..

Semua Orang ada dalam gambar..

Sunday

Hari Sukan Tahunan Taska Aqilah 2008





sukan tahunan utk 2008 telah diadakan pada 12 julai 2008
aqilah masuk acara lari berhalangan..
cuba teka mana satu aqilah?

Tuesday

checkup pertama di klinik kesihatan

mula-mula aku kena pergi buat buku merah kat klinik kerajaan
then lepas tu baru la aku akan teruskan checkup kat klinik panel pet...
soo..sangat la bosan sebab kena pergi klinik kerajaan yang mana semua org tau sgt
membuang masa kalu pergi ke klinik kerajaan itu...BOhsanggg

Wednesday

Family Day kat Tiara Beach Resort PD, 2008

JUNE 2008







Masa ni mama sedang mengandungkan arman, rasanya bulan Jun 2008, Kakak dan Abah ambil mama kat KLIA, masa tu mama baru je balik dari Mesyuarat kat Penang..kita Pergi Tiara tu sampai kat sana dah petang, kakak tak sempat nak masuk pertandingan mewarna pon..

Thursday

Aqilah Zahra kat Hotel Corus..2008 May

MAY 2008




Abah pergi main golf dekat Bangi..kita duduk kat Hotel Corus..dekat sebelah KLCC..masa tu mama bawak aqilah jalan-jalan ke KLCC

Sunday

Me...positif pregnant for 3rd baby

sangat gembira..aqilah gembira...abahnya pun gembira...
sebab telah disahkan mengandung utk kali ke 3
yalah lepas last year pernah keguguran dan kena d&c
satu pengalaman sangat menakutkan
InsyaAllah baby akan keluar pada hujung bulan 12
angaran pada 22 december 2008
doakan semoga kandungan ku selamat dan sihat

Thursday

Aqilah Ke sekolah di hari pertama 2008

JANUARI 2008


Sempena hari pertama aqilah masuk sekolah bagi tahun kedua kat Tadika Petronas, utk 2008, mama buat kan kek coklat dan buatkan goodies bag utk kawan2 aqilah kat sekolah