Sunday

Cameron Highland part II

Kabus di pagi hari ke 2 di Cameron Highland..kita keluar dari bilik, jam 8 pagi, utk ekspedisi jalan-jalan cari bfast di mana-mana Tea House kat Tanah Rata..

adik zharif baru je bangun tido..semua kena bangun awal, walaupun hari masih sejuk utk tido...

dah sampai kat Ladang Boh cameron vally..ini view dari tea shop..

Berjalan menuju ke ladangg teh..jauh jugak berjalan..

adik, kakak dan abah dikelilingi pokok teh..

ini dengan mama pulak...

tetiba kakak merajuk..tarik muka masam...

pakcik tengah kutip daun teh...

pemandangan dari bawah...bangunan atas tu..tea house..


Tgk tu kakak arman merajuk di bawah pokok sambil menarik muka 14...

ini dah nak naik ke atas semula..berenti rehat sekejap. termengah-mengah mendaki bukit..di ladang teh

kakak merajuk...againn...

Sedang Bfast selepas penat berjalan di ladang teh...

Ini mama dan arman zharif

Ini gambar kami sekeluarga di Cameron Highland....Berlatar belakangkan ladang teh..

Jalan-Jalan Cameron Highland Hujung November 2009

Part 1

Masa kita pergi ni, kat sana hujan je, agaknya sebab hujung tahun kot, kita stay kat hotel di Bandar Brinchang, pegi sana ni memang plan last minute je, nasib baik ada hotel kosong..maklum la cuti sekolah selalu je hotel fully booked kat sana..
Hari Pertama kita sampai kat CH tu, memula kita pegi lunch, lepas tu check in hotel, dan terus pergi strawbery farm..tgk pokok2 sayur, mkn strawbery

belakang tu pokok tomato..

adik seperti biasa memang sentiasa tertarik dengan objek seperti binatang, ikan dan burung2 je..ni asyik tgk ikan berenang2 dlm kolam..

deretan pokok strawbery..masa ni tak banyak pon strawbery..so kita tak petik la buah..tak berbaloi pon, sebab tak byk buah..



ini kakak dekat pokok bunga..

Zharif dan Abah kat Strawbery Farm

Bermalam di sana, ni adik pakai sarung tangan kakak..

kakak balik dari Pasar Tani Brinchang..macam-macam barang strawbery yang ingin dibeli. Malam tu kita semua pegi kat Pasar Tani Brinchang, depan balai polis tu, kat situ ada banyak jual hasil tani cameron highland, kalau ikut kan hati semua nak, cuma tak larat nak angkut pergi ke kereta je, dah la malam tu hujan jugak, so susah sket la nak jalan jauh2 kat paso tu, dengan dukung arman dan pimpin kakak tu..

Ladang Teh Cameron Valley..

Persembahan kakak masa Konvo Nov 2009


Friday

Bday Celebration Kakak Aqilah kat sekolah- 6thn

NOEMBER 2008 , Kelas 6 CROCUS..Tadika Petronas, Hari Selasa..

Kakak sambut Bday ke 6 di Kelas 6 CROCUS dengan kawan-kawan satu kelas..
Ini Bday kek kakak, dia nak Choc Fudge Secret Recipe jugak..tak nak yang lain..yang tu jugak dia nak..Aqilah kata..semua kawan2 dia ckp sedap kek tu..abes semua 2kg kek tu di makan oleh kawan2 dia..

Kawan-kawan Aqilah sedang beratur nak ambil kek, cikgu tgh potong kek untuk semua orang.

Semua orang sedang menikmati kek yang sedap, mama sibuk ambil gambar, dan lepas tu kena terus balik ke tempat kerja..

Kakak, Teacher Zuraidah Cikgu Kelas Crocus dan Bday Cake

Kakak sedang tiup bday kek dengan diiringi nyanyian Selamat Hari Jadi pada Aqilah..Mama sayang Aqilah, semoga Aqilah membesar jadi anak yang solehah, jadi insan yang berguna dan jangan lupakan ibu bapa apabila sudah berjaya nanti. Mama mahu Aqilah Zahra menjadi anak yang hebat dan menjadi role model utk adik Arman Zharif.


Masa ni kita buat sambutan bday Aqilah kat sekolah Tadika Petronas..masa ni buat kat Kelas 6 Crocus..sambut dengan kawan-kawan satu kelas..cikgu Zuraidah pon ada masa sambutan bday ni..kawan2 semua suka dgn kek Choc Fudge ni..
sebenarnya bday ni buat awal sebab sempena dengan perpisahan dgn kawan2..sebab lepas ni semua dah nak masuk sekolah darjah 1,

Thursday

Majlis Konvocation Kakak Aqilah di Dewan Carigali

November 2009
Khamis..2.00ptg 19 Nov 2009

Aqilah Zahra dah siap sedia nak pegi ke dewan ambik scroll..petang tu hujan, maklum la kat Terengganu kalau bulan Nov dan Dec memang musim tengkkujuh..

anak dan abah berjalan menuju ke dewan..dah kalut nih..pasal dah kelewatan..


kakak dengan jubah konvo..

beratur nak naik stage

kakak tgh q..

kakak dengan mama..masa ni adik tak ikut la..tak sempat nak pi ambil adik kat Baby Center..lagi pon waktu petang adik selalu tido..tak nak kacau la

kakak ambil scroll dia..

Persembahan pelajar..kakak dgn group 6 crocus nyanyi lagi Ebiet J.Adie..Berita Kepada Kawan...best pulak tgk budak2 menyanyi penuh perasaan..


kakak dgn kawan


dah nak balik nih..

ini adik selepas balik dari majlis konvo kakak..adik baru bangun tido..bangun tido je adik belajar flash card..adik nak jadi pandai jugak macam kakak..adik nak pi school belajar baca, mengira dan main dengan kawan-kawan..

Wednesday

Arman main bola




Ini masa arman umur 11 bulan...masa ni arman baru dapat bola..suka sangat dia dapat main bola...

Monday

Zharif 11 bulan

NOVEMBER 2009
Kakak dan adik sedang test kereta yang baru di beli..kita beli kereta ni kat Giant K.Trg..masa balik rumah nenek baru-baru ni..Adik dah pandai bertatih..memang cergas la bertatih sekeliling rumah dan asyik nak keluar je jalan2 tgk burung kat pokok2 depan rumah


Adik dengan kereta dia...Choo..choo..choo..suka nya dia..

Masa ni arman dah ada kereta baru..best nya dapat keta ya..