Sunday
Hannah Zulaikha..Baby no.3
Baby hannah Zulaikha lahir pada 12 Ogos 2011. Baby lahir semasa kandungan mama 34 weeks6days.Masa tu hari ke 12 puasa, Bulan ramadan..di pagi Jumaat. Jam 5pagi mama sempat bersahur maggi goreng.sebab sebelum tu memang terasa nak sangat makan maggi goreng.Lepas solat subuh, mama sambung tido..dalam jam 8.30pagi tetiba terjaga sebab rasa nak ke tandas. Masa tu rasa ngantuk sangat, tapi tetap bangun, dan mula dari tu dah start sakit perut dan ulang alik ke tandas. Kejap2 nak kencing, dan lepas tu nak buang air besar. Mulanya pagi tu, ingatkan nak balik kampung kat k.trg, tapi nampaknya dalam 9.30pagi tu mama dah tak tahan dah, nekad pergi mandi dan bersihkan diri, lepas tu ajak abah dgn aqilah dan arman zharif ke klinik Rantau Petronas. Pegi klinik masa tu dalam 10.15 utk jumpa doktor nak confirmkam betul ke sakit tu sebab contraction betul atau cuma contraction main2. Sampai kat klinik pergi kat kaunter pendaftaran, mula tu rasa boleh tahan lagi, lepas tu dah tak tahan, cakap kat nurse utk cek betul ke contraction ni, Lepas tu masuk bilik rawatan, nurse suruh baring, dia letak tangan kat atas perut, then ada sorang nurse yang biasa dengan kes ibu ngandung, kira contraction time, dia letak tangan kat perut, then cakap kat doktor, contraction ni 3 to 10. Oh maksudnya every ten minutes, ada 3 contraction. patut la rasa mcm tak tahan sangat.
Lepas tu, doktor decide ni nak kena naik ambulan pergi hospital ni,takut terbersalin kat klinik. Then dalam 11pagi, naik ambulan klinik rantau dengan ditemani nurse, then abah dengan aqilah dan arman zharif follow dengan kereta dari belakang. Pergh tak sangka merasa pengalaman naik ambulan. Masa tu bukan main lagi merayu kat driver ambulan nak suruh hantar ke Kuantan Medical Center sebab nak bersalin dengan Doktor Suriati. Allah Maha Kaya, rupanya ditakdirkan Baby Hannah Zulaikha dilahirkan di Hospital Kemaman tepat Jam 12.20 tghari. Masa tu ambulan sampai kat hospital pada pukul 11.30pagi.Jumaat. Sampai je kat hospital masuk ke Labor Room..lepas nurse buat pemeriksaan tgk2 dah Fully Dilate..sebelum tu nurse sempat bagi Dexa injection utk matangkan paru-paru baby..rupanya...15minit lepas tu..baby terus nak keluar. Aduh cemas betul keadaan masa tu, memang tak jangka2 rupanya baby nak keluar awal tgk dunia...nak sambut hari raya sama2 dengan kakak dan abang.
Baby selamat keluar 12.20tghari, tarikh 12 August 2012, Hari Jumaat..tanggal 12 Ramadan 1432 hijrah. Lepas dah selamat bersalin, baru la mama dapat jumpa abah. Masa tu kejap je jumpa, sebab kakak dgn abg zharif kat luar takde orang nak jaga. Semua nya berlaku dengan pantas..Alhamdulilah semuanya selamat, baby pon ok, menangis dan nampak ok. Doktor bawak baby ke wad atas untuk monitoring dan tido di wad semalam. Mama duduk di wad ibu bersalin, Merasa la tido di hospital kerajaan untuk satu malam. Memang serik la bersalin kat hospital kerajaan. Alhamdulilah setelah segala cabaran dilalui, akhirnya mama dan baby dapat keluar dari hospital pada jam 2 petang, 13 august, hari sabtu. Lepas tu kita balik rumah nenek di k.terengganu. Balik rumah nenek jumpa kakak dan abang kat sana.
Gambar hannah yang comel tgh pose kat atas tu masa hannah umur 17hari, iaitu pada 29 ramadan...sehari sebelum Hari Raya Puasa. Lepas balik rumah nenek seminggu, hari ke 7, baby hannah kena warded kat KTSpecialist, sebab bacaan jaundis tinggi, lepas buat phototheraphy selama 24 jam, baby pon boleh keluar pada esok hari, iaitu hari sabtu. Hari ke 9..baby dah totally free dari jaundice..alhamdulilah. Masa tu semua risau sebab umur hannah masih premature..so risau la sebab jaundice lama sangat, tak turun2 bacaannya.
Hari ke 27 kita semua balik ke kertih, sebab masa tu kakak dah balik sekolah semula, mama tak boleh duduk lama2 kat rumah nenek, nanti susah pulak kakak nak gi sekolah. Masa Hannah umur 30 hari, hannah dah seberat 3.4kg..masa lahir, berat hannah 2.16kg. banyak jugak pertambahan berat baby.
30Hari-3.4kg
60hari -4.3kg
3bln- 4.8kg
4bln -5.4kg
6bln-5.8 kg
sekarang masa hannah tulis artikel ini, umur hannah dah 8bulan lebih.
Hannah dah mula makan solid masa umur 6bulan...sekarng hannah dah membesar bagai juara.
Subscribe to:
Posts (Atom)