Monday

Bday aqilah ke 4 kat rumah Wan kat Klang





Happy Birthday Aqilah ...love from mama dan abah

Tuesday

Kakak pergi zoo Negara Masa umur 4yrs..2007

NOVEMBER 2007

En.Orang Utan Yang Sudah Tua..dia tengah bersantai diatas menara..Orang Utan ni memang nampak dah tua..agaknya berapa la umur dia?

Ini En.Zirafah yang tinggi sedang menikmati daun-daun yang segar sebagai snek mereka..

Orang Utan dan jurulatih mereka sedang buat 'show..

Ini singa laut sedang buat show selepas show orang utan kat depan audience..

Mama dan Aqilah naik train untuk pusing2 dalam Zoo Negara..boleh jugak kalau nak jalan, tapi penat la sket...Kami pergi sana pukul 10 pg..balik pukul 2ptg..kat sana byk binatang, tapi cuaca panas dan bau sedikit busuk la..sebab bbyk sgt bauan binatang kat situ.

Aqilah di perkarangan Zoo Negara

Peta lokasi binatang dalam zoo Negara..

Thursday

Gambar raya 2007

OKTOBER 2007



Kakak Masa ondway balik beraya..untuk menghilangkan kebosanan dlm keta macam-macam perkara la yang dia buat..menyanyi la..bercerita la..

Ni tgh bercerita pasal apa?mama pon dah lupa kot

Ini tayang beg baru?Beg yang Ummi Aisyah bagi..kalu girl tetap la pink nya..

Aqilah dalam kereta dengan uwan dan mak adik..nak pergi berjalan-jalan raya..

sempat lagi nak main Gelongsor dengan baju kurung tu..isk2..

Masa ni aqilah masih lagi tembam dan berisi..

Ini gambar kami sekeluarga bagi tahun 2007..Abah, mama dan Aqilah Zahra...

Masa ni umur kakak 4 tahun..time ni Arman takde lagi kat dunia ni. Oh tengok tu muka mama berjerawat je..dan kakak comel je pakai tudung, rasa nya masa ni kita tengah tunggu orang lain bersiap pasal kita nak pergi beraya kot.

Sunday

rumah kedai ayah kita kena bakar..sabotage la

pagi tu, set alarm jam 6.20am seperti biasa2nya..dan lepas tu kita pun off the alarm@handphone..masa tu tarikh yang tak bole dilupakan, 16-8-07,pagi khamis..tgk2 je handphone ada 2 unread msg, first from my sister aisyah, ckp 'rumah kedai ayah terbakar, jgn risau , semua selamat...', dan msg kedua pun sama gak, tapi dari abg zubi...aku yang tengah mamai bangun tido tu terus panik, kejut suami aku, suruh baca msg..terus tak tau nak buat apa.dgn muka bgn tido dan tak solat subuh lagi..panik wooo, dah la kalu ikutkan surat yang aku baru terima ptg rabu tu, patutnya aku kena pergi KL sebab ada taklimat berkenaan wireless technologi mengganti tempat pengarah utk mesyuarat di bahagian pembangunan poly...kat purtajaya..bila dah ada musibah yang macam tu, aku pun terus la decide tak pergi...dan lepas dah siap solat subuh tu, dalam 6.45, call kat rumah, tanya mak apa khabar semua, then, diskuss with hubby aku tak jadi ke KL dan mcm nak balik tgk mak dan ayah la kat KT, lepas tu, aku decide nak balik sendiri dulu, dan maybe ada abang yang duduk kat dungun tu nak tumpang sekali, dan suruh dia drive balik ke KT..then aku dan aqilah pun balik ke KT jam 8pagi..
singgah PSMZA dan lepas tu ke KT lepas ambil ali kat dungun ni

then le[as tu terus je ke Kt...
sampai rumah my parent dah pukul 10am
sampai tu,tgk ramai lagi polis dan bomba tgh buat sesi penyiasatan dan soal jawab..
tgk sisa2 rumah memang dah abes hangus
hitam semua
hati terasa sanagt hancus.,..
dan keciwa

lepas pukul 1ptg semua penyiasat dah balik,then ayah dgn abg2 pergi balai polis buat polis report
dan pihak polis dan bomba suspek kes ni ada kaitan dgn sabotage
penyewa tu, iaitu sang cinoo tu, maybe nak claim insuran
dia kata brg dia insured up to 200k
cehh,....penipu, dasar bangsa jahat....tak sedar diri menumpang kat tanah org
benci aku...HIPOKRIT AMATTT!!!!

aku benci pada bangsa2 itu..

Wednesday

malam tadi aku tak dapat tido dgn aman..melayan aqilah demam


emm..malam tadi tak berjaya tido dengan lena pun..sebabnya aqilah masih demam, dan dia meracau2 sambil tido..aku cukup tension daa..tapi nak buat camana, demi anak seorang ibu perlu berkorban jua tidonya...kalu harapkan abahnya,..harapan tinggal harapan je la..susah betul..aku gak yang kena beralah..so sekarang aku pun tgh kepeningan sebab tak cukup tido..kepala pun dah weng2 je..heheh

pagi tadi aqilah bangun awal gak,sebab dia tak sedap badan kot,bila aku rasa badan dia pagi tadi, mcm dah ada tanda2 nak berpeluh, harapnya dia sihat je hari ni kat sekolah, susah hati betul kalu anak diserang demam..risau!!

dan hari ni aku dengan sepenuh hati bertekad nak berposa sepenuh hari dan sepenuh hati..dan aku masih ada dalam 3hari lagi utk bayra ganti posa..kena cepat2 ganti sebab bulan ramadan dah nak sampai ni..

picture aqilah semasa hari sukan taska...

Tuesday

aqilah demam la

emm..aku risau la...sebab aqilah demam, ni sure gara2 pergi sukan sekolah hari sabtu baru ni...semalam, badan dia dah start panas sket, dah jumpa dr dalilah kat klinik rantau petronas tu, doktor cek body temperature dia dalam 37.6..then doktor bagi ubat selsema dan ubat batuk..dan panadol syrup tu..balik rumah, aku berjaya la menyuap ubat selsema dan ubat batuk tu...finally dia bole la accept ubat2 tu utk 5mlm setiap jenis ubat..tapi bila nak suap syrup panadol dia tak bole terima..so aku pun tak bagi la,...then lepas dah minum ubat tu aku bagi susu ke aqilah..ajak pergi kencing dan gosok gigi..semu adia buat la...

dan bila dah siap gosok gigi pakai baju nak tido tu, tetiba aku rasa tak puas hati lak,sebab badan dia mcm panas sket, risau la kot demam makin teruk..then ajak aqilah ke dapo semula utk cuba panadol syrup yg perisa strawbery tu..mula2 dia minum sket..then..tetiba dia dah mula buat aksi mcm tekak kembang, ala2 nak muntah la tu..dan ditambah lak dgn dia dah mula nangis..apa lagi..lepas tu terus la muntah..isk2..sia2 je makan semua ubat tu..abes kotor lantai dan baju tido..apa lagi..bengang la aku...

bila dah jadi macam tu, terus je la salin baju dan suruh dia masuk tido..malam tadi pun dia macam tak berapa nak lena tido...emm..aku pun byk terjaga sebab dgr anak meracau2 time tido..
pagi tadi dia bangun awal, tiem aku nak siap2 pergi kerja, then dia suruh aku masak air panas utk air mandi dia, then dia nak mandi dan gosok gigi la..nasib baik pagi tadi takde nak merengek..lepas dah siap2 pakai baju sekolah tu, terbaring tgk ceria..ok kot tadi..patutnya hari ni dia ada sukan kat sekolah, dah pesan kat hubby suruh ckp kat cikgu aqilah demam, but as usual,dia memang tak ckp la, then tadi masa aku gi makan, dah call cikgu dia ckp, aqilah demam..suruh dia tgk2 sket..kalu mcm badan paans sgt aku suruh dia call dan aku bole balik ambil aqilah..setakat ni takde lagi terima call..doakan semoga aqilah cepat recover dari demam..aku cukup risau kalu anak demam..sebab kalu panas sangat kot kena sawan ke...risau la.aa

so...harapnya semua ok..dan petang karang balik kerja aku ambil dia dan balik rumah suap kan dia ubat lagi...

dan petang ni...aku harap...misi aku nak membuat muffin pineapple akan berjaya...hehhe..doakan kecemerlangan ku..aminnn...

Sunday

Hari ahad,1st day working days of this week

emmm...semlm adalah Hari Sukan Tahunan 2007 bagi taska/tadika petronas...hari sabtu, jam 2.30 ptg kami dah kalut2 nak ke padang,dgn aku yg asyyik lewat je nak bersiap, dah la lunch lewat, sebab tu la kalut semacam...pagi sabtu tu, aku dan aqilah je berdua kat rumah, yg suami lak pergi kerja, so,...sepanjang pagi tu kita memang sibuk amat la nak mengemas rumah, mop lantai, buang habuk2 kat kipas siling dah menebal, sebab tu bila pasang kipas tak berapa nak rasa, sebab habuk2 pada daun kipas dah banyak...isk...banyak betul habuk2 dalam rumah, sampaikan bila angkat karpet terasa berpasir tu...finally aku decided nak mop satu rumah...cehh bukan satu rumah pun, just living hall dan bilik tido aku je...
aqilah cuma berbaring atas sofa melayan ceria..

dan sambil mengemas tu, aku sempat lagi nak meneruskan misi membuat muffin dengan jayanya...aku try lak buat muffin oreo, selepas hari tu dah berjaya baked muffin apple with choc chip...ala2 macam dah nak berjaya la, sebab bil atgk part luar dah mcm berpasir, dan nai sket, dan bila cubit part dalam terasa kelembutannya,,,yang penting kena berani dan rajin mencuba..lepas ni aku berjanji utk lebih rajin memasak di dapur...aminn...

pukul 1ptg,melayan oprah jap kat tv..then, pukul 2ptg, lepas solat dan mandi..kami had lunch kat rumah, aku masak simple2 je, sekarang ni aku ala2 rajin sangat memasak sebabnya malas nak makan kat luar,..kalu makan kat luar dah tak tau nak beli lauk apa..sebab semua kedai kami dah makan..cehh...mcm best je tu..
dalam 2.33 ptg kami dah keluar rumah, dan menuju ke padang fasa 2 @ kerteh/taska pet tu...tgk dari luar..dah banyak kereta park..cehh rupanya kami la antara yang terakhir sampai...teruk betul...tak punctual...bila kami sampai, tgk org dah start majlis...event tu dibuat kat padang dan kami ibu bapa duduk kat bawah pokok, best sangat sebab banyak angin kat situ, dah sampai kat situ aku la yang kalut nak mencari rumah sukan anak aku...heh...aqilah masuk rumah blue...then aku dgn kalutnya berlari anak dgn anak aku aqilah ke khemas, hehe..cikgu semua dah menanti aqilah, dia la last person sampai..tinggal aqilah kat cikgu2 situ...dia dah siap pakai cap warnan blue..cantik la tgk kat padang tu, sebab semua khemah di hias dgn kreatif sekali..bagus la komitmen yang di beri..

then, pukul 3ptg, ada lintas hormat dari semua kanak2 taska tu, semua beratur dan jalan2 sambil abwa bendera..waa...semua parent so excited dan berkerumun depan tu..dah tak peduli vip yang duduk sampai tak nampak nak nengok acara tgh padang...leaps tu, dah kena tegur oleh MC ibu bapa pun under sket,....tapi tgk so cute smua kids beratur dan jalan2..dlm barisan masing2

acara sukan di bagi kepada kategori ikut umur, 4thn, 5tthn, 6 thn
aqilah masuk acara tolak big ball ke garisan penamat..waa..kami la excited menyokong
nanti la gambar akan di upload
bila acara habes..kumpulan aqilah dapat nombor 3
takpe la...

dan dari kedudukan keselureuhan
rumah kuning no 1-juara
rumah merah no 2-naib juara
rumah blue no3 - rumah aqilah la tu

aqilah dapat hadiah medal utk tempat no.3
medal gangsa la tu
heheh

secara keseluruhan acara tu best la
semua kanak2 enjoy them selvess....

gtg..byee

Wednesday

tak tau nak tulis apa..bosan laa

hari ahad, 5 ogos..aku cuti rehat
saja2 teman suami pergi pejabat kerajaan, pejabat tanah, then mahkamah magistret
lepas dah siap semua urusan, kami ke tm shop pulak
igtkan bole la tukar utk tak nak bayar sewa line, just nak bayar utk streamyx je
tapi rupanya tak boleh
nak buat camana...terima je la
dah nak streamyx sangat

hari isnin, 6ogos, back to work
sepanjang minggu ni aqilah ada rehearsal sukan sekolah dia
semalam ada dapat invitation card utk hari sukan sekoolah dia
buat 11 ogos ni, jam 2.30 pm
tgk kat kad tu, byk betul acara yang ada
nasib baik memang kami tak ke mana2
sebab husband ku kena standby kat plant dia..dan aku dan anak memang ada kat kerteh la
so..sabtu ni kami akan sesama support my princess main sukan
heheheh

hari ni bosan amat...sebab aku kena belajar mengupload dan study pasal web
bosannnn daa
emmm..

Tuesday

dah tengah minggu utk week ke 2

hari ahad baru ni, 5-8-07 aku cuti rehat..
dan hari ni

Monday

Hari ni aku posa ganti 1

Hari ni target, nak posa ganti ni, tadi dah bangun bersahur..dan semoga iman aku kuat utk meneruskan posa hari ni...
aku target nak posa hari ni dengan penuh hari...1st day (30/july)
Hari ke dua ( 31 july)
Hari ke tiga (1/ogos)
Hari ke empat (2/ogos)

so..harapnya minggu ni aku dapat melengkapkan posa ganti aku utk 4hari
doakan iman aku kuat utk melengkapkannya

dan minggu depan/atau next 2weeks aku akan posa lagi 4hari
memang target nak posa bulan 8 ni, 8hari

AMINnn

Sunday

Hujung minggu di dusun buah

mulanya, hari khamis petang dah bebaik plan, nak balik K.tganu petang tu dgn suami..balik dari tempat kerja, kita singgah kat kedai kek, Paka tu nak beli blueberry cake utk suami, igtkan nak bagi surprise utk bday dia..rupanya, bila balik ke rumah suddenly dia lak cakap...bos ajak main golf...aduss...bengangnya aku tetiba dia kata nak main golf lak, padahal dah janji nak balik tganu...bengang tahap dewa aku ni
sebab dia nak main golf, kita pun mengalah la..dan bersabo je la dulu, kemas3 rumah, kemas bilik dan pakaian...layan aqilah dulu...

pukul 7.15 petang, dia pun balik dari padang golf dan sampai rumah terus je solat maghrib dan bersiap nak balik ke kuala terenganu
then, pukul 7.45 keluar rumah dan singgah makan kat tepi sungai paka
finaally arrive kat k.trganu @ 10.30pm....sampai rumah, seronok sangat sebab dapat jumpa mak dan ayah...dan aqilah nnagis je..sebab sepanjang jalan dia tido..then bila sampai tetiba terkejut la
pukul 11 mlm kami dah masuk tido..penat daa...

esoknya,seawal 7pagi dah bangun dan siap2 sebab nak ke dusun buah
mula2 ayah pergi kutip durian kat kg.baru
dalam pukul 9 dia dah balik..then kami sekeluarga ke dusun kat bukit jejulong

jln2..then penat...lepas tu mabil rambutan yang sedap tu
rambutan tu sedap sebab isik dia ranggup dan keras
suami kita pun suka makan rambutaan tu

then, alik dari kebun dah jam 12 tghari
penat wooo

Thursday

Yahooo,....ptg ni nak balik kampung...


Tomorrow will be my husband birthday..dunno what to do yett...well i think the precious bday present for him is 'the transfer approval' from kementerian..from KPM to MOHE..

dan petang ni we olss...akan balik kampung di kuala terengganu utk musim buah..nak balik makan durian,rambutan dan manggiss...bestnyaa...yahoo..

tak sabo aku menunggu hari kerja ni berakhir...AMINn,...hhehhe

Wednesday

who is the owner of Tv 715?

thiis morning aa...reallly make my blood go upstair tau
slow gila drive keta yg plate di atas tu
geram tahap dewa tau....nasib baik la aku sampaiopis 7.50
sampai kat thumbprint utk clock in tu, jari aku lak tak di detect
problemo lagi
bosan dan fed-up

jam 9 ni aku ada meting

Tuesday

aqilah@Taska Petronas



aqilah sekarang dah bagus kat sekolah
dah takde nangis tiap pagi, dan kitaorang dah bole pergi kerja dgn senang hati:)

aqilah@Taska Petronas

aqilah sekarang dah bagus kat sekolah
dah takde nangis tiap pagi, dan kitaorang dah bole pergi kerja dgn senang hati:)

us@Mines Wonderland

Monday

Sharing The Journey 4..ver2

pagi jumaat, tepat 8pagi, kami sekeluarga berkumpul depan kdrp utk berkonvoi ke Mines Resort City(MRC)..jam 8.40 flag off ke KL...dapat pek soalan mystery drive dan kami excited sangat nak take part dlm mystery drive, mula2 first stop kat Trafic Lite Kemasek...kat situ kena jawab 5 soalan, mula2 tu terkial2 gak nak mencari petunjuk...lepas dekat 30minit kami berjaya..then berenti kat Stesen Petronas Kijal isi minyak, lepas tu menuju ikut jalan Seri Bandi/Ibok utk cut short journey, dan perhentian seterusnya utk stop dekat Bukit Sagu..kat situ byk gak soalan nak di jawab

ad 4 tempat stop utk mystery drive

Sharing The Journey IV@Mines resort City

20-22 july kami sekluarga pergi famili day kat Mines Resort City..kami join gak Mystery drive...best gak kat sana, macam2 aktiviti ada, dan yang paling menarik sebab shoping complex just walking distance je dari hotel..tu yg paling aku suka
nearly bankrap aku sebab banyal sgt bershoping...hehhe...takpe la, bukan selalu...AMIN...

family day @mines resort city

Wednesday

hari ni aqilah dah ok...

hari ni seharian ada bengkel pengurusan aset alih kerajaan...dan semuanya tentang pekeliling baru yang dikeluarkan oleh treasury malaysia...dan semua orang kena paham ikut peraturan baru...

dan pagi tadi, hubby aku msg ckp aqilah dah ok dan ceria je pergi taska petronas...dan pagi tadi, aku bangun seawal pukul 6.20 pagi, lepas tu bangun cuci botol susu anak aku,lepas tu bfast, mandi, lepas tu kejutkan aqilah untuk siap2 dan mandi, gosok gaji, dan sesiap nak ke sekolah...

dan selepas tu, semua nya ok...
hari ni dah ceria dan ok la...

byee

Monday

debaran hari pertama di tempat kerja baru

pagi ni, bangun seawal jam 6.20am...kira awal la tu kalu duduk rumah kerteh, lepas tu, terus je solat subuh dan cuci semua botol susu aqilah, lepas tu mandi, breakfast dan makan roti, dan siap2 pakai baju utk pergi kerja, lepas tu selesai siap2, kejut aqilah bangun tido dan suruh dia mandi dan gosok gigi, lepas tu pakaikan baju, buat susu dan siapkan smua keperluan utk aqilah ke sekolah....

tepat 7.12 pagi, dah start keta dan angkut semua brg2 ke kereta, aqilah tunggu abah dia bersiap dan nanti abah akan hantar dia ke sekolah, tadi call abah dia, tanya keadaaan aqilah, dia ckp aqilah nangis je, harapnya nangis kejap je dan lepas tu dah ok dan meneruskan akktiviti sekolah, dia punya taska smart reader tu buka pukul 8.30 pagi,lepas tu, pukul 10.30 akan break utk minum pagi, dan harapnya dia have fun @school with her teacher...kat kelas dia ada 11 orang kawan2

saja2 je nak publish gambar tempat kerja baru aku
bye
dan adios....

First day di Politeknik Sultan Mizan, Dungun

Sunday

Hari Pertama anakku kesekolah taska PETRONAS

hari ni, 15 july, suppose aku lapor diri ke Poly utk bekerja disana, tapi sebab hari ni aku nak daftarkan aqilah ke sekolah,so aku decide utk ambil cuti rehat dan hantar aqilah ke sekolah utk sesi persekolahan dia...nsib baik la, pihak sekolah memahami keadaan aku yang mendesak nak menyekolahkan aqilah...so, tadi se awal jam 8 pagi, aku dah siapkan aqilah utk ke sekolah..mula2 sampai kat sekolah, jumpa pengetua dan isi semua borang dan details mengenai anak dan mengenai majikan suami...lepas tu, kami di bawa ke stor sekolah utk sesi mengambil dan mengetest baju sekolah...lepas dah jumpa baju sekolah yang sesuai...aku dibawa ke kelas...nama teacher kelas aqilah Zuraini....aqilah masuk kelas utk 4tahun dan cikgu ajar kat kelas guna medium bahasa inggeris...murid2 dalam kelas seramai 11 orang...dan aku rasa bagus la anak aku sekolah situ sebab pembahagian dibuat mengikut umur dan kebolehan anak2

kat situ di ajar mengikut sylabbus smart reader school...yuran sekolah sebanyak rm150 dan yuran utk nursery waktu petang rm75....total sebulan kena bayar rm225....untuk dapatkan education yang terbaik kena la bayar sket...tak kisah la semua tu asalkan utk kebaikan masa depan anak2..target aku utk aqilah bole belajar membaca sebelum masuk ke standard 1...so kena la start dari awal...

untuk urusan pendaftaran je, aku dah kena bayar sebanyak rm 501..tadi siap pergi bank semula utk ambil duit pasal tak cukup..aku tak nak la berkira sangat kalu hal sekolah anak2 ni, sebab pikir duit kita bulan2 tu utk siapa lagi kalu bukan utk berikan yang terbaik pada anak2...

petang karang nak bawa aqilah pergi shopping kasut sekolah dan pakaian sukan utk aktiviti harian dia...cikgu dia ckp bulan 8 ni akan ada hari sukan sekolah..sekarang diaorang tgh wat training...tiap pagi kat padang je kalu tak hujan...

aku sbagai mak dia terasa nervous yang amat nak tinggalkan dia kat sekolah...tadi memula nak tinggalkan aqilah kat sekolah,,dia dah nangis sket2..lepas tu..bila kali kedua aku pergi tgk dia dah ok...siap berkepit dengan cikgu lagi...so harapnya dia ok la...takpe la kalu tahun ni dia cuma dapat catch sket2 je apa yang cikgu ajar...tahun depan dia dah bole mula fokus utk persekolahan dia...

aku sbagai seorang ibu yang bekerja merasa bangga sebab anak dah masuk sekolah...semoga cita-cita dia tercapai nak menjadi seorang doktor...kita sebagai ibu sentiasa mengharapkan yang terbaik bagi masa depan anak...AMINN...

Hari Pertama Aqilah di Sekolah Taska PETRONAS

hari ni, 15 july, suppose aku lapor diri ke Poly utk bekerja disana, tapi sebab hari ni aku nak daftarkan aqilah ke sekolah,so aku decide utk ambil cuti rehat dan hantar aqilah ke sekolah utk sesi persekolahan dia...nsib baik la, pihak sekolah memahami keadaan aku yang mendesak nak menyekolahkan aqilah...so, tadi se awal jam 8 pagi, aku dah siapkan aqilah utk ke sekolah..mula2 sampai kat sekolah, jumpa pengetua dan isi semua borang dan details mengenai anak dan mengenai majikan suami...lepas tu, kami di bawa ke stor sekolah utk sesi mengambil dan mengetest baju sekolah...lepas dah jumpa baju sekolah yang sesuai...aku dibawa ke kelas...nama teacher kelas aqilah Zuraini....aqilah masuk kelas utk 4tahun dan cikgu ajar kat kelas guna medium bahasa inggeris...murid2 dalam kelas seramai 11 orang...dan aku rasa bagus la anak aku sekolah situ sebab pembahagian dibuat mengikut umur dan kebolehan anak2

kat situ di ajar mengikut sylabbus smart reader school...yuran sekolah sebanyak rm150 dan yuran utk nursery waktu petang rm75....total sebulan kena bayar rm225....untuk dapatkan education yang terbaik kena la bayar sket...tak kisah la semua tu asalkan utk kebaikan masa depan anak2..target aku utk aqilah bole belajar membaca sebelum masuk ke standard 1...so kena la start dari awal...

untuk urusan pendaftaran je, aku dah kena bayar sebanyak rm 501..tadi siap pergi bank semula utk ambil duit pasal tak cukup..aku tak nak la berkira sangat kalu hal sekolah anak2 ni, sebab pikir duit kita bulan2 tu utk siapa lagi kalu bukan utk berikan yang terbaik pada anak2...

petang karang nak bawa aqilah pergi shopping kasut sekolah dan pakaian sukan utk aktiviti harian dia...cikgu dia ckp bulan 8 ni akan ada hari sukan sekolah..sekarang diaorang tgh wat training...tiap pagi kat padang je kalu tak hujan...

aku sbagai mak dia terasa nervous yang amat nak tinggalkan dia kat sekolah...tadi memula nak tinggalkan aqilah kat sekolah,,dia dah nangis sket2..lepas tu..bila kali kedua aku pergi tgk dia dah ok...siap berkepit dengan cikgu lagi...so harapnya dia ok la...takpe la kalu tahun ni dia cuma dapat catch sket2 je apa yang cikgu ajar...tahun depan dia dah bole mula fokus utk persekolahan dia...

aku sbagai seorang ibu yang bekerja merasa bangga sebab anak dah masuk sekolah...semoga cita-cita dia tercapai nak menjadi seorang doktor...kita sebagai ibu sentiasa mengharapkan yang terbaik bagi masa depan anak...AMINN...

Thursday

majlis perpisahan


hari ni jam 11 pagi kestaf buat majlis perpisahan utk aku

just wanna share some pictures

Wednesday

2 hari sebelum


keluar dari rumah pada 6.45 pagi, dengan penuh azam...dan ingatkan nak singgah kat kdai roti bakar beli karipap inti ikan...tapi malangnya takde lak..org kedai tu ckp org buat karipap bercuti 3hari...so agaknya akan kempunan la aku nak mkn karipap tu..takpe la...lain tahun la aku datang makan... hari ni aku nak settle semua unfinished work..but mostly semua kerja dah siap dan dah tak sabar nak mulakan kerja ditempat baru..segala nota serah tugas dan dokumen2 telah sedia menanti kedatangan orang baru

baru je balik dari makan..tadi makan tea o, nasi impit sambal, dan ikan celup tepung...dan aku kekenyangan...dan aku senang hati bila perut kenyang...hehhe...lupa nak ambil gambar makanan tadi, takde masa nak ambik..tgk maknan terus je melantak sepuas hati..

dan tghari ni aku ingat nak gi ambik baju aku tempah last week...2pasang aku tempah dan dah siap pesan pada kakak buat baju tu aku nak ambik baju sebelum aku bertukar..amin..akhirnya tercapai hajat aku nak menggayakan baju baru ke tempat kerja baru dengan segala semanngat baru..AMINN..semoga segala yang dihajatkan akan tercpai..dan semoga kehidupan kami sekeluarga kekal abadi...

2 hari sebelum

Tuesday

3hari sebelum.....

hari ni rasa semangat nak datang kerja, pagi tadi seawal 5.50pagi aku dah terjaga dari tido...pukul 6.30 pagi dah keluar rumah menuju ke rumah cah nak ambil dia, dan semua nya terjadi gara2...semalam, kakak aku nak ke KL, dia kena outstation ke KL utk seminggu..lepas tu kakak aku dah siap2 call pakde teksi...tetiba kereta teksi airport tu buat hal dan tak hidup...time tu dah pukul 9pagi...dan kakak aku yg dah cemas tu, gamble je la, pukul 9.15 pecut ke airport..dan tetiba pukul 9.45 lepas dia cek in kat airport dan call aku suruh ambik keta dia park kat airport...aku terus je kelam kabut,,,nasib baik aku ada penyelamat, ecah la yg jadi mangsa utk drive keta tu balik ke rumah,....nasib baik dia ada...Terima Kasih ecah..jasamu dikenang...Aminn...

hari ni sibuk membuat nota serah tugas dan complete my fail meja utk pengganti baru
hari ni aku target finalise my nota serah tugas dan pegi binding kat bilik cetak

perut dah lapar ni..aku dah siap beli nasi dagang utk dimakan pagi ni
jap lagi pergi kedai mkn..

that all
got 2 go

Monday

di office pula

2 gambar yang berbeza..

sambungan entry semalam...

29-jun-07...hantar suami ke jety pulau kapas untuk trip mencandat sotong, hubby join kawan2 department maintenance, dah siap bekalkan ubat mabuk mana tau kot mabuk laut

30-jun-07..ambil suami kat jety marang, suami berjaya menaikkan sotong besar sebanyak 2ekor...dan dia bawa balik ke rumah sebanyak 6 ekor...banyak la gak dapat makan sotong, sedap tu dapat makan sotong segar, puas hati aku....dan suami dengan bangganya beritahu dia tak mabuk laut,....bagus la kalu macam tu,...bangga aku sebab dia berjaya duduk dgn cool dalam bot candat sotong bersama meredah gelombang dgn tekong...dan semuanya ok...
bukan macam aku dulu, aku pernah join kawan2 pergi memancing kat laut..dan aku dgn lembiknya tetiba terkulai di lautan...dan aku mabuk laut...asyik muntah je kat tepi bot..aku tension betul...tak banyak dapat hasil laut...dan aku akhirnya menyedari aku jenis mabuk laut...

1-july...aku masuk pejabat macam biasa,,,dan dgn semangatnya nak menengok surat pertukaran..dan i'm soo excited sebab confirm dapat transfer ke poly dan kena lapor diri pada 2-july./..ptg tu terus drive back balik kerteh dan get ready utk keesokannya utk lapor diri ke poly....suka aku..

Sunday

banyak sangat nak cerita..takde masa

dan malas nak menaip blog ni

so..hari ni sebab ada mood sket, nak summarise segala perkara yang berlaku sejak akhir june

26-ju-07--kami sekeluarga berangkat ke pulau redang..berkumpul depan ofis ping untuk ke jeti di Merang, seronok sangat sebab finally hajat nak bercuti tercapai, walaupun sibuk kita kena la sedaya upaya spend time dengan family...lagi pun aku ni jumpa suami 2mingg u sekali, paham2 je la

26 jun-07--jam 11 pagi, dapat sms dari kawan satu opis cakap ada surat di faks dari JPA, dari puan asmah mengenai surat pertukaran/permohonan aku tukar suka sama suka dengan pegawai dari politeknik dungun, finaally dapat surat confirmation, dah officially aku di arahkan melapor diri ke politeknik sultan mizan dungun, trg pada 2 july..alhamdulilah...syukur Tuhan makbulkan doa kami...akhirnya kami dapat tinggal sekkeluarga dan suami tak lagi kesunyian kat rumah bila balik kerja

26-jun-07--jam 12 tghari, tetiba adik suami aku msg kat suami, dia ckp mak suruh call kat rumah, hubby tanya hal penting ke, emm..rupanya abang ipar aku,aka abg pada suami aku nak suruh mak mertua dan keluarga pergi merisik calon isteri dia kat Selayang...seronoknya kami dapat berita tu, finally kawin gak abg ipar aku tu...
so kiranya, pada hari kami pergi bercuti tu, banyak sangat kami terima berita gembira..double dan triple excitement for us...Happppy sangat....


27-6-07 pagi2 bangun seawal mungkin, kami plan nak tunggu sun rise..tepat jam 6.45 pagi kami keluar....tapi cuaca macam mendung je, matahari pun malu nak keluar
jam 9.30 pagi kami ber3 ke pulau redang, join semua group yg bercuti kat resort tu
seronok dan excited sangat pergi marine park, turun dari bot je, kat jeti tu, dari atas dah nampak macam2 jenis ikan, cantik sangat coral fish, macam size dan color ikan kat situ, ada sorang tu sempat tgk baby shark..since aku ni tak la pandai berenang, just main kat tepi pantai je la, aku bukan pandai berenang pun, tu yang rugi nya, tapi tetap mencuba snorkeling kat part yg paras pinggang,, tapi bila ombak datang takut sangat kena tolak dgn angin,
aqilah lak di bawa dek budak resort ke tengah laut dgn pelampung, seronok la dia berdua dgn abah tgk fish kat tghg laut, which i'm sooo jeles
kami balik dari marine park jam 12 tghari dengan perut lapar, aqilah yg lapar tu siap makan roti yang patut diberi pada ikan
mana la kami tau diaorang nak pergi marine park tu lama, kalu tak sure aku bawa bekal makanan, so lesson learnt next time jgn lupa bawa bekal makanan

ptg tu, kami just swimming kat kolam renang dan bila dah teduh kami kepantai,,,aqilah buat istana pasir

28-jun-07...bangun tido, then bfast dan siap2 utk balik
naik bot jam 9pagi
pukul 10pagi sampai kejety merang, bas dah menanti
sampai stesen teksi kami terus ambik teksi dan balik rumah, penat sangat, sampai rumah aku behempas pulas mencuci baju kotor

that's all my entry
tomorrow i'write about my new work place..best sangat

Wednesday

so many things to say, to little time to write..restless

emm..last week we all pergi bercuti ke pulau redang

Banyak sangat perkara yang berlaku dalam hidup aku lately

emm...banyak sangat nak bercerita ni..tak tau la mana satu nak cerita dulu...

Monday

Hari pertama melapor diri di Politeknik SM

emm...pagi ni aku bangun awal dan berkobar-kobar nak datang kerja kat tempat baru...bila dah sampai memang excited sangat tempat baru ni memang baru la, semua facilities ada dan menyeronokkan dan gembira amat aku dapat bertukar kat sini...AMIN...

Sunday

Bowling di Berjaya Megamall Kuantan

emm..hari sabtu, iaitu semalam adalah satu hari yang memenatkan, jam 7.30 pagi, kami sekeluarga dah keluar rumah nak bertolak ke kuantan, sebab ofis suami aku ada organise tournament bowling kat sana...sebelum meneruskan perjalanan ke kuantan kami berenti kat kemasek pekena roti canai sedap kat situ, sedap sangat roti canai kat situ, kuah dal pun sedap, walaupun sekarang segala benda dah naik harga, tapi alhamduilah kat situ semua makanan masih kekal pada harga yang sama

dan lepas tu terus ke kuantan, ondway sure la aku dgn anak tido je sebab malam sebelum tu aku tak cukup tido, stay up sampai 1pagi mengadap komputer melayari internet

dan sampai kat megamall dalam pukul 10, lewat gak kami sampai sebab banyak berenti walaupun aku tertido sepanjang jalan...tu semua anak aku punya hal la

tiap kali nampak stesen minyak sure dia ckp,

Aqilah: mama, abah, aqilah nampak keta mcm nak abes minyak je, jom kita isi minyak kat shell/petronas..
pandai nya anak aku ni
emmm

Lontar2 bola bowling sampai jam 2ptg baru la abes main...6game main...just imagine how long masa yg dihabiskan utk main bowling...kitaorang tak tunggu pun sampai penutup dan penyampaian hadiah, sebab aku lak nak rushing balik ke kuala terengganu...lepas main bowling, kami ke kuantan parade, sebab suami nak ambil duit kat maybank, suddenly tgk dah out of service, dah tu terus la kami ke pizza hut pekena pizza...tgk offer pizza delights mcm menarik je, kami pun pekena 2set pizza delights, habis licin kami makan..tu semua sebab kelaparan la...

sebab gaji tak keluar lagi, so takde la kami shoping banyak sangat, beli barang keprluan dapur dan makanan utk bawa bekal time kami bercuti ke pulau redang

soo..this tuesdaay we're going to pulau redang and will be staying @ redang bay
soo...redang here we come

adios...
nak sambung kerja..

Friday

Sibuknya harini

hari jumaat kalu turn balik ke kerteh memang aku akan sibuk dan bergerak dalam rumah tanpa henti utk beberapa jam utk nak bersih rumah, kemas, basuh baju, iron baju, sidai dan lipat, memang penat dengan segala house chores dan nak melayan anak lagi, pagi tadi aku bangun awal, pukul 7 dah melompat turun dari katil, mandi dan siap2 utk ke pasar tani kat kerteh ni..nak shoppingbarang keperluan dapur, usually kalu wkend macam ni aku akan make an effort untuk memasak makan tghari dan makan malam, kesian kat suami aku yang asyik makan kat kedai je,,,so hari ni aku just masak, sambal udang, tadi aku beli udangsegar kat pasar, goreng telur dadar,buat sanmbal kicap,buat salad sayur dgn dressing sos thousand island..simple je hidangan utk hari ni sebab aku kepenatan,..ni aku bernti kejap nak memblogging sebab aku dah siap cuci udang dan tgh menunggu cili kering empuk kat dapur utk buat tumis sambal uedang kejap lagi

pagi nilepas aku balik dari pasar tani, husband pergi hantar keta aku ke pusat servis perodua kemaman, semalam aku dah booking dan buat appointmemnt siap2 utk servis kereta...so..jap tadi lepas 2jam kereta dah siap di servis..aku stay kat rumah je sebab banyak tugasan dalam rumah ni nak aku siapkan...

anak aku melayan diri tgk tv ceria je la sepanjang hari ni

so..got to go finished my work

adios...

Thursday

Kesibukan KAGUM

semlm aku balik kerja lewat yang amat..semuanya gara-gara sibuk sebab ada satu pak menteri nak datang melawt kat tempat kerja aku, ada function sukan kebangsaan kat sini..semalam aku kena mengambil alat-alat ict ka thotel, diaorang meminjam barang2 kami kat sini utk keperluan mesyuarat, aku memang particular sket kalu bab meminjam barang2 yang aku jaga ni...maklum la hak kerajaan malaysia perlu la dijaga.

so..hari ni la function akan berlaku, dalam pukul 11 pak menteri nak datang, dan semua yg terlibat dalam kerja2 mengipas pasti cuba menonjolkan diri masing2..soo..aku la yang menjadi mangsa mereka menyiiapkan segala kerja, mana aku bole buat,aku buat la yg lelain share2 la...
actually kita tak perlu menjadi hamba kerja, kita perlu buat apa yang termampu aja

semalam aku ada berpesan pada suami aku untuk membeli famos amos biscuit kat KLIA.aku terasa nak makan biskut coklat yang lazat tu sejak 2menjak ni..sedapnya kalu dapat makan, sooo..petang karang aku akan balik berjumpa suami aku di satu daerah bernama kerteh...berjumpa dan balik menunaikan tanggungjawab sebagai seoarang isteri dan mengemas rumh dan segala2nya...hari sabtu kami akan ke kuantan sebab suami aku ada kejohanan bowling yang syarikat dia anjur...so..kuantan here we comee this saturday

got to go finish my task
that's all

Tuesday

sukanya sebab ptg ni hubby dtg KT dan jumpa kami before fly


wahh..seronok dan gembiranya mood aku hari ni sebab dijangka dapat jumpa suami utk 2jam...aku dah mula berkira-kira nak bagi makan apa kat suami aku, maybe lepas keja aku just ajak anak teman aku ke pasar malam utk beli makanan...and surprise him with foood...

mlm ni hubby aku nak fly ke KL sebab ada meeting kat klcc, malam esok dia balik...so hari khamis dapat la kami jumpa kat kerteh..i miss my home...home is where my heart belongss

Monday

things about our relationship

Back in year 1998

first date:year 1998, bulan july rasanya, kat IPOH, kinta city, before dia fly
first time know he exist: Dedication coklat from someone name Shahrul, thrill to senior minat junior
first serious Bf:Him aka my husband now
first movie:Charlie's Angle at TGV KLCC during my practical time year 2000
Thrill sgt bila every time he called, tghari at malaysia and morning @UK
kadang2 time tu kita tgh tido

will continue later...

selamat hari bapa


Post ini ditujukan kepada suami tersayang..Shahrul Fared b.Sidin...Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di Malaysia dan terutama kepada Suami ku yang bergelar bapa sejak tanggal 4/12/2003 dan kepada bapa tersayang, Hj,Chik b.Yusof kerana tanpa bapa tiada la kita di dunia ini...walaupun dulu masa aku kecil bapa aku seorang yang garang...tapi ada hikmah di sebalik semua itu...kalu bapa tak garang..anak2 akan naik atas kepala...takde nak peduli pelajaran..kalu bapa tak treat aku mcm dulu takdenya aku menjadi manusia berguna sekarang..AMIN...

Untuk suami aku, Terima Kasih kepada menjadi Bapa yang baik untuk puteri kita, Aqilah Zahra..dan semoga kasih sayang kita berterusan hingga akhir hayat..buat suami terima kasih kerana manjadikan aku sebagai isteri mu dan semoga kita berbahagia selamanya...Terima Kasih Sayang!!

Jangan lupa date kita wkend ni...hari selasa hubby akan fly 2 KL utk meeting @KLCC utk 2hari
dan malam khamis dia fly balik thru kuantan....After kerja hari khamis aku akan drive back ke Kerteh untuk jumpa suami...It's been 2 weeks since we met....Rindu sangat....

hari isnin yang agak produktif

hi alll...
hari ni..pepagi bangun jam 6.10am..sekarang kena bangun awal dan tak bole liat la sebab aku nak kena keluar dari rumah utk ke tempat kerja at least pada jam 6.45am..sebabnya aku masuk kerja jam 7.30am...aku masuk awal sebab nak balik awal..itu la sebab musababnya.,.

So hari ni aku kena siapkan:
1.Penyerahan dan pertukaran notebook utk timbalan pengarah aku..serah SAMSUNG dan pulang semula DELL
2.Penyerahan notebook SAMSUNG kpd Abd*** Ju*** of Jab.TP
3.Mengisi borang perjanjian penyerahan notebook kepada yang terlibat
4.Memasti dan membuat tempahan bagi penghantaran peralatan LCD,printer dan desktop utk mesyuarat org besar2 di Per** In*..
5.Aku dah booking driver dan staff utk hantar barang2 tu
6.Isi borang cuti utk 3hari bagi vacation to redang next week
7.Buat surat permohonan peruntukan pembelian pencetak
8.Update AntiVirus
9.Call Bahagian Sumber Manusia bertanya mengenai status pertukaran aku

Dan sekarang aku sedikit risau sebab memikirkan yg mak aku dah positif sakit jantung.aku soo worried what if one day dia takde..aku tan sanggup nak pikir what will happened to my life if one of my parent gone..i dunno how am i gonna face it...Allah Help Me

Ok..Back to work...
nanti aku free will update later

Sunday

tertanya-tanya

emm...hari ni aku masih lagi tertanya-tanya mengenai status pertukaran suka sama suka aku dgn member kat politek d****n...aku dah hantar surat ke **A...tak tau la bila aku nak dapat resultnya..aku pun dah naik fed-up menanti dan menunggu result dari jabatan tu...katanya masih menanti result board of meeting utk persetujuan pertukaran tempat kerja aku...tapi yang leceh tu, kalu bab pertukaran ni, yang paling aku tak suka for sure gaji akan lewat sebulan bila berada di tempat baru..leceh betul bila memikirkannya...tapi apakan daya sebab nak duduk dekat dgn suami dan secara tak langsung duduk serumah dgn suami, kena la berkorban sikit...

Thursday

rasa tak tenteram

hi all
hari ni rasa macam serba tak kena je, aku pun tak paham dgn jiwa aku ni..hhehe..start awal jun baru ni aku mula masuk keja pukul 7.30-4.30..masuk WP1. sekarang aku keluar dari rumah pukul 6.45 pagi la, sama awal macam kakak aku la..kena la bangun awal, pukul 6.10 dah kena bangun, tu yang liat sket...hari khamis aku balik awal, pukul 3ptg...tu yang best tu

hari ni aku balik awal gak..pukul 3..plannya hari ni nak ikut akak aku pergi shoping batek kat pasar payang, dia ckp ada design baru keluar, terliur aku dgr dia ckp, kena pergi beli la..hehe..biasa la perempuan...dah tu, pagi tadi berenti kat petronas nak pergi maybank atm machine, tekan punya tekan mesin tu, duit tak keluar, bengang la....takde lak kat mesin tu tulis out of service..apa la org ni, kita bukan main lagi mengharap nak ambik duit, aku igt nak withdraw money utk beli batek ptg ni, ntah la, nanti ptg la aku singgah maybank sebelum ke pasar payang tu
petang ni aku tak balik kerteh, suami aku ada kat KL, dia gi jumpa doktor,appointment dgn doktor chan, nak tgk perogress ligamen dia yang operate setahun yang lalu...
doa nya semua dah ok la, hasil dr operation dulu...banyak abes duit tu operate, naseib baik ing yang bayar, kalu bayar sendiri mau parah bank akaun...

minggu ni anak aku lak demam.aku tension betul sebab aqilah tak nak makan ubat, tension tau, macam2 aku dah pujuk dan beli air utk minum dgn ubat tu, tapi masih gak tak nak minum ubat, camana nak baik demam kalu tak makan ubat...aku siap jumpa doktor lagi, ckp kat doc kata anak saya cerewet makan ubat, aku ckp tolong la doktor bagi ubat yang paling sedap, sebab anak saya adalah paling cerewet kalu pasal ubat,bau pun tak boleh
kerja dia nak muntah je kalu makan..aku yang bengang nya..yang suami balik2 tepon tanya anak dah makan ubat ke, dia duduk jauh sdap je bagi arahan kat aku macam2...kalu dia ada senang sket nak memujuk anak makan ubat....ya tak?hehheh

ok...teja mau sambung kerja...nanti ada idea tulis lagi

Monday

...sambungan....

tadi....pegi hari, aku dah dengar bunyi alarm hphone aku pukul 6.20pagi..aku dah dengar bunyi kakak aku mandi kat bilik air aku, aku ingatkan nak sambung tido lagi 10 minit, tapi tatiba terlajak tido sampai 6.50pagi...aku terjaga tu,sebab aku dgr bunyi kakak aku buka alarm keta dia, aku pun terus terjaga dan terpinga2...aku tak dah cuak bila tgk jam nak dekat pukul 7...aku dah la tak mandi lagi, tak solat subuh lagi, kelam kabut aku, nasib baik aku dah siap gosok baju dan tudung,,,maka sempat la aku bersiap nak gi kerja...aku masuk dalam keta nak gi kerja tepat2 pukul 7.15pagi..terus je panaskan enjin keta dan on era....onn aircond dan lega...akhirnya lepas seminit aku masuk gear reverse..alhamdulilah...selamat sampai kat tempat kerja 5minit sebelum pukul 8pagi...macam tu la cerita aku pagi ni..penat tu, kelam kabut aku tadi....

hari ni technician aku cuti...aku harap takde la kes2 yang buat aku pening kepala...harap semua server dan modem ok..alamdulilah...

Isnin...26MAc yang tidak bermotivasi:(

wkend baru ni, 23/3 aku dan aqilah balik kerteh jumpa suami aku...emm....2hours driving akhirnya sampai juga rumah kerteh..sebab dah 2minggu aku tak balik kat rumah sana, banyak betul kerja2 rumah yang nak dibuat...nak lipat baju la, nak kemas rumah la, gosok baju kerja suami, kemas bilik, sapu lantai, nasib baik kat rumah tu ada 3bilik je, walaupun suami aku duduk sorang je rumah tu, tapi kalu dah sekali sebulan aku sapu lantai dan mop memang banyak la habuk dan sawang....berpeluh nak siapkan semua kerja rumah...dah la aku ni jenis mrs perfecto sket...smua kerja aku nak perfect...penat woo...lepas ni kalu bole aku nak cari cleaner yang buat kerja cuci rumah every wkend ke, tak la penat sangat aku nak kemas rumah tu...

hari jumaat tu aku bangun seawal pukul 6.30 pagi, bangun, solat subuh, lepas tu kemas dapur, cuci pinggan mangkuk dan sewaktu dengannya, lepas tu, pukul 8pagi dah pergi pasar tani kat keteh tu, banyak sunggu barang yang kitaorang borong..lenguh 2 tangan nak jinjit semua barang...macam2 kuih yang aku beli, dan yang paling penting kuih kegemaran ku.....kuihh...PAU kacang...hehhehhe...aku memang suka makan pau kacang yang abang pasar tani tu buat..aku bantai beli 4biji...dari pagi sampai petang aku makan pau je....lama2 muka aku pun bertukar jadi pau...kuakuaa...

hari sabtu lak, bangun pukul 8.30 am, bangun lewat sket sebab penat dah buat kerja rumah hari jumaat tu, bangun je terus ke dapo dan masak kuetiaw goreng utk breakfast kami..berpeluh aku kat dapur...setengah jam lepas tu semua hidangan pagi dah sedia kat meja makan,...sebab hari tu matahari keluar, aku angkut semua baju yang lembab jemur kat matahari terik...bnayak tu baju nak sidai...akhirnya by tengahhari aku dah lipat kain2 tu...dan gosok baju pulak...hari tu terasa macam isteri mithali tu....

Thursday

perasaan ku dihari khamis

this is my first time posting my blog...emmm..apa yang nak cerita dalam blog aku ni...let me start with about myself...sekarang ni teja sedang bekerja disebuah anak syarikat krajaan dalam sektor perguruan..tapi teja bukan cikgu...

hari ni rasa tension je...dan aku tak tau camana nak mulakan kerja hari ni..tadi aku pi breakfast kat satu kedai mamak ni..makan tosei..banyak tu aku makan...ni pun mata dah ngantuk wehh...tak tahan aku...hari ni banyak problem ict nak kena settle..aku baru je wat report pada helpdesk tadi...action dari syarikat yang menang kontrak tu bukan main lambat lagi..tension aku...user asyik bertanya je bila barang dia orang baiki nak siap sbab diaorang nak guna....tension gua wehh....

nak story pasal diri aku sket, sekarang ni aku stay kat rumah mak...bila kerja anak aku mak jaga...emm..anak aku nama aqilah zahra..umur 4tahun bulan dec ni...suami aku stay kat kertih..kerja dgn petronas...kitaorang jumpa every wkend la...so petang ni aku akan drive back to kerteh ditemani putri aku la..selalu kalu aku drive tu dia tido je dalam keta...selalunya kalu dalam sebulan tu ada la aku balik 3kali ke kerteh...lagi pun aku rasa lagi privacy kalu balik rumah sendiri dan jumpa suami..sebabnya kalu sesekali jumpa suami ni mesti la nak manja2 lebih2 sket..hehhe betul tak korang?...

4tahun yang lalu aku telah selamat menjadi seorang isteri selepas suami ku berjaya di akad nikah dgn sekali lafaz utk menerima tanggungjawab sebagai seorang suami..kami diakad nikah dan dikahwinkan pada 05.04.2003....iaitu selepas 3hari aku menyambut ulang tahun kelahiran ke 24 tahun....masa tu aku kerja tak menentu lagi..maknanya aku masih mencari kerja lagi la...so lepas kahwin aku jadi full time house wife selam a2tahun...aku sempat la membina badan dirumah time tu...lepas je kawin..aku terus je positive pregnant.....time tu seronok la sebab aku mengandung dan dapat rehat kat rumah...tak perlu nak sakit kepala pikir pasal kerja....