Sunday

Hari Pertama anakku kesekolah taska PETRONAS

hari ni, 15 july, suppose aku lapor diri ke Poly utk bekerja disana, tapi sebab hari ni aku nak daftarkan aqilah ke sekolah,so aku decide utk ambil cuti rehat dan hantar aqilah ke sekolah utk sesi persekolahan dia...nsib baik la, pihak sekolah memahami keadaan aku yang mendesak nak menyekolahkan aqilah...so, tadi se awal jam 8 pagi, aku dah siapkan aqilah utk ke sekolah..mula2 sampai kat sekolah, jumpa pengetua dan isi semua borang dan details mengenai anak dan mengenai majikan suami...lepas tu, kami di bawa ke stor sekolah utk sesi mengambil dan mengetest baju sekolah...lepas dah jumpa baju sekolah yang sesuai...aku dibawa ke kelas...nama teacher kelas aqilah Zuraini....aqilah masuk kelas utk 4tahun dan cikgu ajar kat kelas guna medium bahasa inggeris...murid2 dalam kelas seramai 11 orang...dan aku rasa bagus la anak aku sekolah situ sebab pembahagian dibuat mengikut umur dan kebolehan anak2

kat situ di ajar mengikut sylabbus smart reader school...yuran sekolah sebanyak rm150 dan yuran utk nursery waktu petang rm75....total sebulan kena bayar rm225....untuk dapatkan education yang terbaik kena la bayar sket...tak kisah la semua tu asalkan utk kebaikan masa depan anak2..target aku utk aqilah bole belajar membaca sebelum masuk ke standard 1...so kena la start dari awal...

untuk urusan pendaftaran je, aku dah kena bayar sebanyak rm 501..tadi siap pergi bank semula utk ambil duit pasal tak cukup..aku tak nak la berkira sangat kalu hal sekolah anak2 ni, sebab pikir duit kita bulan2 tu utk siapa lagi kalu bukan utk berikan yang terbaik pada anak2...

petang karang nak bawa aqilah pergi shopping kasut sekolah dan pakaian sukan utk aktiviti harian dia...cikgu dia ckp bulan 8 ni akan ada hari sukan sekolah..sekarang diaorang tgh wat training...tiap pagi kat padang je kalu tak hujan...

aku sbagai mak dia terasa nervous yang amat nak tinggalkan dia kat sekolah...tadi memula nak tinggalkan aqilah kat sekolah,,dia dah nangis sket2..lepas tu..bila kali kedua aku pergi tgk dia dah ok...siap berkepit dengan cikgu lagi...so harapnya dia ok la...takpe la kalu tahun ni dia cuma dapat catch sket2 je apa yang cikgu ajar...tahun depan dia dah bole mula fokus utk persekolahan dia...

aku sbagai seorang ibu yang bekerja merasa bangga sebab anak dah masuk sekolah...semoga cita-cita dia tercapai nak menjadi seorang doktor...kita sebagai ibu sentiasa mengharapkan yang terbaik bagi masa depan anak...AMINN...

No comments: